FADHILAT QURBAN DAN AQIQAH
Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.
AQIQAH UNTUK ANAK
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.
Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.
HUKUM AQIQAH
-
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
-
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
-
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
-
Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
-
Anak lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud).
.
.
.
.
Meh layan pic proses Aqiqah Khalysh raya ke-6 hari tu...
Pastu Khalysh xnak turun dr kandang kambing....haih...
Ni ler kambing 'kenderaan' Khalysh... :) nnt...
Baik je dia dlm bakul...
Btw kambing ni depa bwk mai naik moto dr seberang mai Penang...
2 ekor lak tu duk lam bakul nih...
1 Khalysh punya & 1 Qaisara punya...
Senyap lak tu...xde nak gerak2 ke hape ke...
Kang jadi kes naya...
Kambing melompat turun atas Penang Bridge... :)
Alhamdulillah...
Dia dah redhaa to be the choosen one... :)
Ni sesi perbincangan dgn ustaz yg nak sembelih tu...
Sape nak sembelih...? ustaz ke papa...hehehe...
Ustaz tu offer papa...
Ustaz tu cakap...'Insyaallah yakin...mcm potong sayuq jaaa...'
Papa xberani lagi... :) papa nak tgk dulu...
Tu papa Qaisara pun xberani jugak... :)
Belajar dulu...kang next time baru leh buat sendiri...
So papa mintak ustaz sembelih kan...
Ibu urut dada...haaa sib baik...
Haaa ibu pun xkonfiden kalau papa sembelih...
Biaq betui papa nih...ayam pun xpenah sembelih...
Alih2 nak sembelih kambing lak... :)
So papa kena menuntut ilmu dulu lah baru leh sembelih ngan konfiden nya...
Hensem kan kambing Khalysh...? :) Putih gebuuu...
Papa bg Khalysh tgk dari awal proses akad, peyembelihan smpai leeer melapah...Masa sembelih tu...
Khalysh rilek je...Ibu duk plg jauh...hahaha
Haaa tu 2 ekor dah selamat di korbankan...
Ni video masa proses melapah...
Masa nih Khalysh dah muke boring dah...
Kambing pun dah selamat di korbankan...
Dah lelama tu Khalysh naik boring...
Ni Khalysh dah sibuk panjat2 ibu ajak balik... :)
Ok la...sementara depa duk melapah isi kambing...
Ibu, Papa & Khalysh balik dulu...
Sat gi Papa mai balik amik kambing...
.
.
.
--Fast fwd-- :)
.
.
.
.
Buat sekali utk 2 org...
Qaisara Humaira & Khalysh Najlaa
Tu yg baju biru dukung baby tu la...
Qaisara...dgn mama dia...
Alhamdulillah semuanya berlangsung dgn lancar...
Majlis bermula lepas zohor...
Tetamu dtg xputus2... :)
Pic pun xsempat nak snap sgt...
Lauk2 ngan nasik suma cukup juz nice dgn tetamu yg hadir...xbelebih sgt...
Goodie bag pun ngam2 cukup utk semua tetamu yg dtg...
Smpai lepas Isyak pun ada yg dtg lagi...
Alhamdulillah semenye selesai mengikut perancangan... :)
Pada yg sudi datang jauh2 tu...Terima Kasih banyak2 ya... :)
No comments:
Post a Comment