-------------------------------------------TERIMA KASIH SUDI DATANG KE BLOG SAYA ;D-------------------------------------------
-----------------------YANG MANA ELOK JADIKAN PANDUAN, YANG MANA BURUK JADIKAN TAULADAN ;D-----------------------
--------------------------------SALAM KASIH & SAYANG, LOTFI-SARAH-KHALYSH-KEISHA-KASHIF--------------------------------

Thursday, August 20, 2009

Nappy rash...

Salam,

Terima kasih sumer 4 ur BIG support...
Alhamdulillah cloth diaper ni mendapat sambutan yg sgt2 menggalakkan...
Kiter pun baru je nak test2 market ni kan...
So pas ni leh la bwk masuk lagi banyak2 brand dan jenis...
Hubby pun dah bagi GREEN LITE :) nak kasi FUND...yipie...

Masa tukarkan lampin Khalysh tadi tingat kat sorang baby baya Khalysh ni...
Zahra nama dia, kisahnye uncle dia dtg umah layan PS ngan papa...
So bwk le si Zahra ni main2 ngan Khalysh...
Sonok le budak 2org tu main2...
Ibu pun lepak ngan hepi nyer la, buat lak masa tu selesema...
Idung sumbat2, pening2 lalat skit...
Lame main dgn gumbira nya tetibe Zahra dtg pelok2 rengek2...
Sekali cek2 upenyer member suda melabor dgn sekian lama nya...
Apa lg trus bwk masuk bilik air londeh2 suma nak cuci Zahra meraung...
Aih apsal nih kan...? Cek tgk dah ada RASHES YG GILER KRONIK...!!!
Ya Allah kesiannyer, mau nyer pedih giler...Khalysh pun negok tekebil2 ajer...

Apa lagi mmg kene ceramah le uncle si Zahra ni...
Dah le dtg selai sepinggang, pampers ke susu ke apapun xbwk...
Haih ni berak siap xsedar...sian Zahra...
Giler kesian xpenah tgk rashes mcm ni punya teruk...
Dah le pakai disposable diaper...
Jgn kate disposable... cloth diaper...ape diaper pun kalau berejam duk dlm taik ngan kuman sumer...
Mmg menjawab ler...haih...
Sebijik mcm lam pic ni tapi 2xganda lagi teruk...
Merah menyala-nyala...AllahuAkhbar...
Bersihkan montot dia cepat2...
Sapu nappycream byk2 giler...
Sambil Zahra nangis2, Khalysh tekebil2 nengok...
Pakaikan napkin...
Trus "Nah ko bwk balik si Zahra cepat! Bg kat mama dia..."
Rasa nak sekeh2 aje Uncle si Zahra ni...tu la lelaki...
Syok main PS smpai lupa anak sedara...

Dan sejak dr hari tu mebi sbb trauma tgk Zahra meraung2...
Tiap kali Khalysh tukar nappy pun dia nk nangis jugaaak...
Ala-ala nangis mengader2 sesaje buat2...smbil tegelak2... :)
Haih mcm2 pee el la Khalysh ni...Ibu tgk pun nk tegelak... :)
Haih tringat kat Zahra...
Sibaik Khalysh xpenah dpt rashes yg kronik...
Skit2 dulu ade la masa on disposable diaper dulu...
Skang Alhadulillah rashes free :)

Ni ade la sharing skit pasal RASHES ni...

Antara sebab2 nak terjadinya ruam lampin :

1. Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang.
Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang.
Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.

2.Lampin kain yang di pakai terlalu lama atau tidak di tukar.

3.Alahan pada bahan pencuci samada sabun atau pelembut kain.


8 Tips untuk merawat ruam lampin :

1.Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing.

2.Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.

3.Sapu krim atau losyen seperti zink oksid dengan nipis ke seluruh kulit yang terkena ruam.Selain krim , anda juga boleh guna tepung kanji dan di sapu rata ( ini petua orang lama-lama, saya selalu buat masa anak masih kecil ).

4.Jangan campurkan baju, seluar, napkin atau apa saja pakaian bayi dengan orang dewasa.

5.Jangan campur dengan sabun yang kuat kuasa pencucinya kerana kulit bayi sensitif dan di takuti berlaku alahan yang lebih teruk. Guna sabun pencuci khas untuk lampin atau pakaian bayi.

6.Jangan guna pelembut kain atau softener walaupun kita bau wangi dan kain menjadi lembut.

7.Jika menggunakan lampin pakai buang, ‘ cuti ‘ seketika dan bertukar pada lampin kain.

8.Tukar lampin sekerap yang boleh untuk kebersihan dan kesihatan bayi.

Gitu la serba sedikit tips ttg rashes ni, jgn dibiarkan melarat bahye nnt jadi kulat eeei kesiannyer kt baby...lagi susah nak rawat.

5 comments:

  1. ya Allah ..
    sarah.. teruk nye rashes bdk tu..
    uncle dia tlg jage ke tiap² ari..?
    ish.
    takut tgk.

    ReplyDelete
  2. adusss sakitnya kak farah tgk rashes baby tuh.kita tgk pun kita rasa mcm kita yg sakit.baby tuh lg la dia yg menanggung kan.itu la x leh di biar kan sgt najis atau air kencing baby tu lama2 lam pampers tuh.harus cepat2 tkr kalu dh tgk lain mcm kan.apa tah lg kalu baby uh uh lg la kena cepat tkr.anak saya naufal x prnah lg la alami rashes nie.

    ReplyDelete
  3. kak sarah.selamat menyambut ramadhan al mubarak.moga ramadhan tahun nie lbh bermakna buat kak sarah sekeluarga.raya tahun nie sakan la ye cik puan muda khalysh kita beraya.maklumla dh laju berjalan.heheheh.sama la cam naufal ku juga.ermmm bestnyaaa.

    ReplyDelete
  4. sarah-syahida: Haaa tu la mak si Zahra ni jiran tmn seblah, uncle dia slalu dtg umah main PS ngan papa Khalysh...sib baik bukan uncle dia jaga... :)

    ReplyDelete
  5. ifa: time kasih ifa...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN jugaaa....eeei xsabar nyer :)

    ReplyDelete